Reban Ayam Kampung


Reban amatlah penting dalam penternakan ayam kampung secara komersial. Ia bertujuan untuk melindungi ayam-ayam daripada hujan, panas dan cuaca buruk serta gangguan musuh selain memudahkan pengurusan pembesaran ayam-ayam. Walaupun hampir sama, reban pembakaan dan reban pembesaran ayam kampung pedaging ada kelainannya. Antara kelainannya adalah reban pembakaan mempunyai sarang-sarang telur, tempat bertenggek untuk tidur, jumlah ayam yang lebih sedikit untuk keluasan reban yang sama. pada masa kini, anak-anak ayam berusia sehari akan terus diletakkan kedalam reban tetapi disediakan kepungan 'gelung-gelung' plywood dan lampu pemanas atau brooder bagi menjaga suhu dan pergerakan anak ayam. Ini adalah penting untuk tempoh 2 minggu bagi mengurangkan kadar kematian anak ayam.

Kebiasaannya, reban ayam kampung dibuat secara terbuka dan 'Sistem Bawah Tanah'. Untuk reban pembesaran ayam kampung pedaging, 1 ekor ayam memerlukan 1 kaki persegi. Ini bermakna jika anda membela 2000 ekor ayam, keluasan lantai reban yang diperlukan adalah 2000 ekor kaki persegi. Contoh size reban seperti 20 kaki x 1000 kaki. Reban ayam tidak perlu menggunakan peralatan yang canggih atau kos yang tinggi. Ada yang menggunakan kayu hutan, buluh, besi C-channel, kayu 3x3 sebagai tiang dan zink, plastik jaring hitam, dawai mata punai atau jaring pukat sebagai dinding. Ketinggian reban juga perlu diberi perhatian, kerana jika terlalu tinggi, kemungkinan apabila hujan air hujan akan tempias. Sebaliknya jika terlalu rendah, ayam tidak akan selesa dan suasana reban akan panas.

Ketinggian yang disyorkan adalah 10kaki hingga 14 kaki. Dalam keadaan yang panas seperti 30 degree celcius ke atas, walaupun ayam mampu hidup, pertumbuhan ayam akan terjejas atau terbantut. Jika mencapai 40 degree celcius, kebarangkalian ayam akan mengalami 'heat stroke' dan ayam akan mati.

Walaupun lantai reban ayam kampung di syorkan untuk disimen bagi memudahkan penyelengaraan dan pembersihan reban, tetapi ia bukanlah satu kewajipan asalkan persekitaran di dalam reban itu adalah bersih dan kering tanpa bau, di sepanjang masa. Abuk kayu atau sekam padi biasanya ditabur didalam reban ayam dengan kapur pertanian untuk mengelakkan bau busuk dan lalat. Najis ayam bersama abuk kayu atau sekam ini perlulah dibuang atau diganti setiap pusingan atau 3 bulan sekali.

Menurut, Anuar Ahmad, Pengurus Warisan Habeb Farm di Bukit Gambir Johor, beliau memilih menggunakan C-Channel dan atap 'metal deck' kerana bahan ini lebih tahan lama dan harganya juga murah berbanding kayu. Beliau mempunyai 4 buah unit reban berkeluasan 20kaki x 50kaki dan beberapa saiz yang lain. Beliau juga menggunakan plastik hitam atau canvas  untuk mengelakkan panas dan cahaya terlalu terang.  Design atas atap mempunyai 'ventilation ridges' bagi memudahkan pengudaraan dan mengelakkan haba akibat pancaran matahari diwaktu siang. Beliau menggunakan bell drinker otomatik  bagi memberi air minuman EM secara automatik. Setiap reban mempunyai tangki air kapasiti 200L.

Reban Ayam Kampung, Warisan Habeb Farm, Bukit Gambir Johor

"Bell drinker Otomatik" digunakan untuk memberi air minuman secara otomatik di dalam reban ayam kampung.

Gelung plywood dan lampu pemanas atau brooder anak ayam digunakan didalam reban dalam tempoh 4 minggu untuk mengekalkan suhu dan mengepung anak ayam dari lari berkeliaran.

Ciri-ciri Reban Ayam Kampung :

  1. Kos lebih rendah berbanding reban ayam daging
  2. Tidak terlalu berteknologi tinggi, sebaliknya cukup sekadar tempat berteduh dan selesa untuk ayam membesar
  3. Kadang-kadang menggunakan bahan-bahan terbuang atau 2nd hand.
  4. Design yang pelbagai tetapi kebiasaannya reban berlantaikan tanah/simen
  5. Pelbagai saiz mengikut kemampuan penternak
  6. Terbuka atau free-range
  7. Masih menggunakan sistem pemberian makan dan minum secara manual. Bagaimanapun, penggunaan Bell Drinker Otomatik atau nipple drinker otomatik juga biasa ditemui.


Comments

  1. as salam.boleh saya dapatkn no contact untuk maklumat lanjut.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bagaimana memilih DOC (Day-Old-Chicken) yang berkualiti

Apa akan terjadi jika dedak terlebih masa atau expired